“Saya Masih Sayang Isteri Dan Anak-Anak Saya” – Farid Kamil Anggap Perkahwinannya Masih Boleh Diperjuangkan

Pelakon, Farid Kamil enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Diana Danielle menerusi prosiding penceraian hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ketika ditemui, peguam Farid Kamil iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan menjelaskan pelakon itu enggan melafazkan cerai kerana dia ingin berusaha mencari pendamai.

Mahkamah perlu dapatkan persetujuan daripada suami sama ada nak lafaz atau tidak.

farid kamil

Farid putuskan taknak lafaz kerana dia mahu berusaha mencari pendamai dan akan melantik Jawatankuasa Pendamai bagi mewakili Farid pada 21 Januari nanti.

Pelakon itu memberitahu dia masih ingin mempertahankan rumah tangga kerana dia masih sayang akan isteri dan anak-anaknya.

Saya sayangkan isteri saya dan saya sayangkan anak-anak saya. Perjuangan mesti diteruskan.

Pelakon itu turut berkata tiada yang mampu menyayangi dan menjaga isterinya selain dirinya.

Sebelum ini Diana Danielle ada berkata dia telah memberikan peluang kedua buat suaminya namun disia-siakan akan tetapi Farid menganggap ia sebagai satu rahmat Tuhan.

Pada saya, perkahwinan kami dirahmati dan saya akan meneruskan perjalanan ini walau apa pun dugaan yang datang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*