PENYANYI dan pelakon Tallisya akan menjalani tempoh berpantang di kediaman ibunya di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Tallisya atau Allisya Tahir, 26, berkata, ibunya yang juga penyampai radio Sharifah Shahirah mahu menjaganya sepanjang tempoh tersebut.
Lihat siaran ini di Instagram
“Alhamdulillah semua persiapan sudah selesai dan sejak awal kehamilan lagi saya dan suami sudah bayangkan macam-macam.
“Tapi bila mama (Shiera) rosakkan rancangan sebab dia nak saya berpantang dekat rumahnya memandangkan itu cucu pertama,” katanya.
Dalam pada itu, Talisha mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin pada penghujung bulan ini.
Talisha memberitahu dia akan bersalin di sebuah hospital di Kuatan, Pahang sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk berpantang.
sumber: mstar
Leave a Reply