“Sesuai Rambut Karat” – Penampilan Terbaru Adibah Noor Tarik Perhatian Netizen

Woww, nampaknya kali ini pelakon berbakat besar iaitu Adibah Noor telah tampil dengan watak lain daripada lain menerusi karyanya baharunya tidak lama lagi.

Jika sebelum ini beliau sering membawa watak sampingan tetapi kali ini beliau merupakan antara pelakon utama dalam karya tersebut.

Seperti yang kita tahu, pelakon berusia 51 tahun itu memiliki rambut pendek berwarna hitam, tetapi kali ini rambutnya telah berubah warna!

Adibah telah kongsikan sekeping foto menunjukkan dirinya sedang memakai rambut palsu berwarna perang yang sebelum ini langsung tidak pernah digayakan olehnya.

“Scene flashback 17 tahun dulu kata skrip. In reality, I pun tak ingat I macam mana 17 tahun dulu.”

Penampilannya itu turut mendapat pujian daripada para pengikutnya di laman Instagram secara langsung membuatkan beliau nampak lebih muda daripada usianya yang sekarang.

Difahamkan Adibah bakal muncul dengan karya baharu menampilkan dirinya digandingkan bersama dengan pelakon Pekin Ibrahim dan Azhan Rani di bawah arahan Raja Mukhriz.

Tak sabar pula rasanya nak tengok Adibah Noor berlakon bersama rambut ‘karat’ tu!

Sumber foto: Instagram Adibah Noor

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://www.videoviral.co/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*