Pelajar cemerlang meningg4l dunia 2 hari sebelum SPM akibat pendar4han dalam otak

SEORANG pelajar cemerlang Tingkatan 5 meninggal dunia beberapa hari sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Memetik laporan China Press, mangsa merupakan gadis berusia 17 tahun berasal dari Yong Peng, Johor dan dikatakan mengalami pendarahan otak sebelum meninggal dunia pada Khamis, sekitar pukul 9.40 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata mangsa ada mengadu mengalami sakit kepala ketika di rumah sebelum rebah tidak lama selepas itu, dalam kejadian pada Isnin.

Ibu bapa pelajar itu terus bergegas membawanya ke klinik untuk menerima rawatan dan dia kemudian dipindahkan ke Hospital Batu Pahat untuk pemeriksaan lanjut.

Sepanjang tempoh di hospital, mangsa berada dalam keadaan koma dengan keadaannya bertambah buruk dua hari sebelum meninggal dunia.

Bapa mangsa, Shen Kang Xiang berkata dia melihat anakya mengerang kesakitan di atas katil bilik tidur sehingga tidak mampu bercakap.

Pelajar cemerlang ini meninggal dunia dua hari sebelum menduduki SPM.

Pada mulanya ibu bapa manga menyangka anak mereka sangat tertekan kerana terlalu tekun mengulang kaji bagi menghadapi peperiksaan SPM.

Namun sangkaan mereka meleset apabila doktor mengesahkan mangsa mengalami pendarahan dalaman akibat saluran darah di otak yang pecah.

Ketika ditanya oleh doktor sekiranya anak mereka ada mengalami hentakan yang boleh menyebabkan trauma seperti terjatuh dan sebagainya, ibu bapa mangsa menjawab tiada.

Dalam peperiksan percubaan SPM yang lalu, pelajar ini memperoleh keputusan cemerlang iaitu 10A dan 1B.

“Anak kami sangat baik orangnya, kami tak pernah letakkan tekanan kepada dia untuk mendapatkan gred yang cemerlang dalam peperiksaan, tapi dia sendiri yang rajin belajar sejak kecil, ujar bapa mangsa.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*