Media hiburan tempatan hari ini digemparkan dengan perkongsian model terkemuka, Zahnita Wilson yang memuat naik foto dirinya mengalami lebam di bahagian mata seakan ditumbuk.
Ia sekaligus mengundang tanda tanya dan spekulasi warga maya dan juga rakan selebriti yang rata-ratanya bimbang dengan keadaan Zahnita kini.
Berikutan itu, Zahnita yang dihubungi media mengakui dirinya dikasari suami, Zackery dan sedang menunggu wakil peguam datang dari Kuala Lumpur untuk tindakan seterusnya.
Malah, menurut model itu, dia sudah membuat laporan polis atas perbuatan keganasan rumah tangga itu namun tiada apa-apa tindakan diambil malah perkara itu berbalik kepada dirinya.
Selama ini saya dipukul saya ada buat laporan polis tapi tidak ada apa-apa tindakan. Selama ini saya cuba untuk mempertahankan rumah tangga kami. Saya juga pernah minta cerai tetapi dia menjanjikan bumi dan langit.
Tetapi tidak lama, dia ulang semula perbuatan mengasari saya. Sudah 20 tahun saya bertahan, cukuplah!
Zahnita dalam pada itu merayu agar dipertemukan dengan anak-anaknya kerana sudah seminggu lebih suaminya mengambil mereka dari jagaannya.
Saya mahukan anak saya, sudah seminggu lebih dia ambil anak saya dan saya sudah tidak tahu apa lagi nak buat.
Saya terpaksa buka aib, maaf saya tidak boleh simpan lagi. Sudah 20 tahun saya bersabar.
Terdahulu, aktres itu ada memuat naik foto dirinya yang cedera dengan beberapa baris kapsyen yang menjelaskan ‘lebam’ tersebut menjadi punca dia sering memakai kaca mata hitam dan juga meninggalkan rumah lama.
Namun begitu, Zahnita tidak memperincikan punca kecederaan tersebut sekaligus mengundang spekulasi dan juga ucapan semangat daripada netizen serta rakan selebriti.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply