[VIDEO] Mydin Permudah Urusan Khairul Aming Bantu M4ngsa Banjir – ‘Awak Boleh Ambil Seberapa Banyak Barang Yang Nak’

Syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berhasrat mahu memudahkan urusan pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming dalam memberikan bantuan buat mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

KA boleh ambil semua barang di Mydin

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Mydin iaitu Datuk Ameer Ali Mydin menerusi satu panggilan video yang dibuat bersama Khairul Aming di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang tular, Ameer memberikan kebenaran buat Khairul dan pasukan sukarelawannya untuk mengambil setiap barang keperluan buat mangsa banjir tanpa perlu membuat sebarang pembayaran terlebih dahulu.

Awak boleh ambil barang seberapa banyak yang awak mahukan.

Tak perlu hantar orang nak bayar guna kad kredit ke apa.

Awak cuma berikan pada saya berapa limit belanja dalam RM20,000 ke Rm50,000 atau pun RM100,000.

Ujar Ameer, dia percaya Khairul akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sukarelawan dengan telus buat para mangsa banjir.

Lepas habis banjir nanti barulah awak bayar. Tak apa, kita percaya Khairul Aming.

‘Terima kasih Datuk’

Di akhir perbualan, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman menitipkan ucapan terima kasih atas bantuan dan kepercayaan diberikan Ameer kepadanya.

Okay baik Datuk, terima kasih banyak-banyak.

Jaga diri ya, terima kasih Assalamualaikum.

Untuk makluman, situasi banjir yang melanda di negeri Kelantan setakat hari ini dilihat semakin kritikal kerana sudah hampir 100,000 penduduk terkandas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Aplikasi X

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*