PENGACARA Ain Edruce berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Ain atau Nurul Ain Edruce, 33, berkata, dia bersyukur apabila diberi rezeki lain selepas mengalami keguguran pada April lalu.
“Alhamdulillah untuk rezeki ini. Awal tahun hari itu aku sedih sangat waktu raya sebab gugur.
Soraya teruja bakal bergelar kakak.
“Tak pernah aku sedih macam itu dalam hidup aku. Tapi Alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk kami sekeluarga,” katanya.
Ain berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada pagi Ahad.
Dalam hantaran tersebut, Ain turut memuat naik beberapa foto di sekitar majlis gender reveal sekali gus menampakkan baby bump.
Lihat siaran ini di Instagram
Dia bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai usia dan jantina bayi dikandungnya.
Namun dia memberitahu suaminya iaitu Amirul Hadiz Mustaffa gembira dengan kejutan di majlis gender reveal yang diadakan.
“Doakan bayi Ain sihat okay. Yang penting Amirul bukan main gembira masa gender reveal, kenapa ya?” katanya lagi.
Ain minta orang ramai doakan kesihatan bayi dalam kandunganya.
Pada April lalu, Ain berkongsi dirinya mengalami pendarahan teruk sekali gus menyebabkan janin yang sedang dikandung mengalami keguguran.
Untuk rekod, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 2019 dan memiliki cahaya mata yang kini berusia empat tahun.
sumber: Instagram Ain Edruce
Leave a Reply