MUSIM konvokesyen kembali lagi, sudah tentu banyak universiti menganjurkan majlis bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian.
Bagi graduan pula, masing-masing sakan membuat persediaan untuk naik ke pentas bagi menerima skrol, hasil setelah bertahun-tahun menimba ilmu.
Di sebalik keterujaan itu, seorang gadis masih teragak-agak untuk hadir ke majlis graduasi dan naik ke pentas menerima sijil sambil disaksikan ibu bapa tersayang.
“Saya sepatutnya graduate pada minggu ini dan kena bertolak ke sana sehari lebih awal.
Cuma sekarang saya masih ragu nak pergi atau tak sebab masalah kewangan.
“Ayah saya sekarang tak bekerja dan hanya ada sikit duit simpanan. Itu pun kebanyakannya digunakan untuk perbelanjaan rumah dan lain-lain. Simpanan makin susut,” luahnya menerusi satu hantaran di Facebook.
Ramai graduan membuat persiapan untuk majlis konvokesyen. -Gambar hiasan
Tanpa mendedahkan nama universiti dan lokasi majlis konvokesyen yang bakal berlangsung, graduan itu mengakui tidak mampu untuk menanggung segala kos sendiri sekiranya mahu hari bersejarah itu turut dihadiri oleh ibu bapanya.
Dia mendedahkan ketika ini hanya melakukan kerja sambilan, justeru pendapatan bulanan yang diterimanya tidak tetap.
“Sekarang pula job tengah sikit. Saya tak mampu nak tanggung semua perbelanjaan sendiri dan saya tak nak susahkan ayah.
“Selepas dikira-kira, kos nak ke sana dalam RM1,500 termasuk penginapan, kereta sewa, tol, minyak dan makan,” ujarnya.
Faham rasa ingin membawa ibu bapa ke konvo, ingin rasa nak banggakan ibu bapa tapi keperluan hidup selepas itu juga penting
NETIZEN
Menurut gadis itu, dia terpaksa menyewa kereta untuk ke mailis konvokesyen kerana kenderaan sedia ada sudah terlalu uzur.
Walaupun mempunyai wang simpanan, dia bimbang akan berdepan kesulitan dari segi perbelaniaan pada masa akan datang memandangkan pendapatan bulanannya tidak menentu.
“Mak ayah saya kata tak kisah pun kalau tak pergi. Cuma kadang-kadang hati saya ni teringin juga nak pergi memandangkan saya anak sulung dan ini pengalaman pertama mak ayah ke malis konvo.
“Saya memang ada cadangan nak sambung belajar lagi, tapi takut lain pula yang jadi masa akan datang nanti,” jelasnya.
Bagi gadis ini, bukanlah majlis konvokesyen yang dinanti-nantikan ramai graduan, tapi apa yang lebih penting adalah sijil dan skrol yang diterimanya.
Duit simpanan tidak banyak untuk perbelanjaan akan datang. -Gambar hiasan
Namun jauh di sudut hati dia mengakui terkilan kerana memikirkan impian untuk melihat kegembiraan wajah ibu bapa menyaksikan dia berada di pentas menerima skrol bakal terkubur.
“Dah lama saya tunggu nak bawa mak ayah ke majlis konvo ni dan bila tiba masanya, masalah lain pula datang.
“Kalau tak pergi, mungkin saya akan ajak mak dan ayah bergambar je kat mana-mana,” katanya yang buntu untuk membuat keputusan sebaik-baiknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan dan reaksi yang berbeza.
“Duit memang penting, tapi boleh dicari dan diganti. Kenangan dengan ibu bapa tu entah bila akan datang lagi. Bukan tiap hari kita konvo, yang akan datang entah sempat atau tak ibu bapa ada lagi. Tapi apa pun, tepuk dada tanya hati. Kasut kita tak sama tiap orang, pilih jalan mana yang sesuai dengan hidup kita.
“Jangan rasa down sebab masalah begini. Faham rasa ingin membawa ibu bapa ke konvo, ingin rasa nak banggakan ibu bapa tapi keperluan hidup selepas itu juga penting.
“Memang sedih jika tak dapat hadir ke konvo selepas berhempas pulas menimba ilmu. Tapi percayalah bajet yang dibuat pasti ada kurangnya. Moga apa juga keputusan, dipermudah segala urusanya, demikian antara komen netizen.
Sumber: Mstar
Leave a Reply