Shukri Yahaya Semakin Rajin Mengaji Selepas Isteri Pakai Niqab – ‘Dia Beri Saya Aura Yang Positif’

Pelakon Shukri Yahaya mengakui isterinya iaitu Tya Adnan banyak memberi aura positif kepadanya selepas mengenakan niqab sejak Februari lalu.

Rajin mengaji

Menurut Shukri atau nama lengakp Mohd Shukri Yahaya, 36, mereka juga semakin kerap mengaji di rumah.

Suasana dalam rumah tangga sama sahaja walau selepas isteri saya berniqab. Cuma amalan yang kami lakukan bertambah.

Kami berdua semakin banyak mengaji, dia memberi satu aura atau semangat yang sangat positif kepada saya.

Syukri  berkata demikian ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengakui gembira melihat perubahan yang dilakukan, Syukri menambah, dia sentiasa mendoakan isterinya terus istiqamah.

Kalau tanya perasaan, suami mana yang tak gembira melihat perubahan isteri dah memilih untuk berniqab yang merupakan pakaian sunah. Saya tidak halang tindakan dia.

Nasihat saya kepada dia, jangan mengalah kerana apa yang dia buat ini sudah betul.

Terdahulu, penampilan Tya yang mengenakan niqab mencuri perhatian ramai selepas dia pulang mengerjakan Umrah pada Februari lalu.

Untuk rekod Shukri dan Tya berkahwin pada 20 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*