Pemilik Restoran Ini K0ngsi Kisah Ny4ris Tert1pu Dengan ‘Sc4mmer’ Tender Kerajaan Berjumlah RM150,000

Seorang lelaki berkongsi tentang kejadian di mana dia hampir menjadi mangsa penipuan tender palsu bernilai RM150,000 baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsiannya di TikTok, Asraff Jeffery berkata syarikatnya telah dihubungi oleh seorang individu yang menyamar sebagai ‘wakil kerajaan’.

Kata individu itu, syarikat Asraff telah dianugerahkan tender dengan jumlah tersebut namun kemudian dia mula meragui kesahihan tender terbabit.

Difahamkan, dia telah diminta untuk membeli cenderahati bernilai RM30,000 untuk 30 tetamu majlis malah Asraff juga mendapati individu itu menyebut nama kementerian yang sudah bertukar sejak tiga tahun lalu.

Saya siasat balik. Saya tengok offer letter rupa-rupanya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dah tukar nama Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia.

Berdasarkan pemeriksaan dan bukti-bukti yang diperolehinya, Asraff membuat kesimpulan dan yakin bahawa tender tersebut adalah satu penipuan.

Saya kemudian menyemak di laman web kementerian berkaitan untuk mencari maklumat mengenai tender yang tertera dalam surat itu, tetapi tiada dan nombor tender tersebut memang tidak wujud.

Disebabkan itu, dia memilih untuk tidak meneruskan transaksi tersebut dan berkata perkongsian tersebut dibuat untuk mendedahkan tentang taktik terbaru scammer yang menggunakan cara tersebut.

VIDEO

@asraffjeffery

Hampir kena scam dengan tipu muslihat tender Kerajaan RM150k. Sebarkan.

♬ original sound – Asraff Jeffery – Asraff Jeffery

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*