Nenek Agama Hindu Sering Ingatkan Cucu Beragama Islam Jangan Tinggal Solat 5 Waktu – “Itu Tanggungjawab Seorang Muslim”

Melalui laporan Sinar Harian, seorang nenek penganut agama Hindu mengambil tanggungjawab menjaga dua orang cucunya yang beragama Islam selepas mereka kematian ibu sewaktu COVID-19 berlaku.

Nenek dan cucu berlainan agama

Nenek bernama V Chandra, 64, berkata dia sering mengingatkan cucunya itu untuk tidak meninggalkan solat meskipun mereka berlainan agama.

Kata nenek itu lagi, biarpun mereka berlainan agma, ia bukanlah penghalang untuk memastikan cucunya Jasmine Hawa Abdul Nur, 18, dan Roselyn Aisyah Abdul Nur, 16, untuk mendapatkan pendidikan Islam sewajarnya.

Masa mula-mula saya bawa mereka tinggal dengan saya, ada macam-macam cerita kerana orang risau saya beragama Hindu jaga cucu beragama Islam. Malah dua cucu turut menerima kesannya apabila rakan-rakan di sekolah turut bertanya soal itu.

Sering ingatkan jalan tinggal solat 5 waktu, buat tahlil untuk arwah anak

Tambahnya lagi, dia tidak pernah lupa untuk meminta orang masjid melakukan tahlil buat arwah ibu mereka yang merupakan anak tunggalnya yang telah memeluk agama Islam.

Saya selalu pesan walau macam mana pun jangan tinggal sembahyang lima waktu. Itu tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Malah, dia memahami soal ibadah sebagai seorang Muslim, selain menitikberatkan soal solat serta makanan halal.

Chandra turut sempat berkata biarpun mereka berlainan agama, cucu tetap darah dagingnya sampai bila-bila.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*