Baru-baru ini, usahawan Hafiz Mahamad sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas dia berkongsikan kisah pengorbanannya bersama isteri, Shafiqah Aina bagi menjaga kebajikan pekerja mereka.
6 bulan tak ambil gaji daripada perniagaan
Dalam video yang dimuat naik di Instagram itu, Hafiz mengakui dia bersama isteri tidak mengambil gaji daripada perniagaan mereka dan keputusan ini dibuat bagi memotivasikan diri agar bekerja lebih keras sambil memastikan pekerjanya hidup selesa.
Enam bulan saya dan Aina tak ambik gaji dari perniagaan kami. Perniagaan kami Alhamdulillah baik, cuma kami nak memotivasikan diri untuk kerja bersungguh-sungguh.
Pempengaruh itu turut berkata dirinya terpengaruh dengan nasihat seseorang yang mengatakan ‘Jika di atas ikat perut, ramai di bawah akan rasa senangnya.’
Lihat siaran ini di Instagram
Berkorban demi keselesaan pekerja-pekerja
Pengorbanan yang dibuat ternyata memberi kesan kepada pekerja-pekerja mereka dan difahamkan, ada antara mereka yang berjaya menyimpan hingga RM20,000 hingga RM40,000 hasil bonus dan token yang diterima.
Saya cuba buat dan syukur, minggu lepas ada staf yang tunjuk dekat saya simpanan dia. Terkejut bila tahu mereka dapat simpan RM20k hingga RM40k.
Selain daripada pemberian wang, Hafiz turut membantu menyediakan pelbagai kemudahan buat pekerjanya seperti makanan di pejabat, rumah untuk staf lelaki dan perempuan, elaun bersalin, bantuan taska serta banyak lagi.
Mereka ini baik sangat sepanjang berniaga. HR tidak pernah terima claim OT (kerja lebih masa). Tapi itu bukan bermakna kami ambil kesempatan. Cara saya, saya akan minta akauntan bayar lebih dari OT rate yang sepatutnya mereka dapat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply