“Segala Yang Berlaku Ada Hikmahnya…” – Selesai Urusan Rujuk, Nora Ariffin Kembali Jadi Isteri Yang Sah

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur kerana urusan rujuk bersama suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli sudah diselesaikan di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor pada Isnin.

Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin memberitahu mereka sudah kembali sebagai suami isteri yang sah.

Penyanyi itu menyifatkan segala ujian yang berlaku sebelum ini mempunyai hikmah yang tersendiri.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Alhamdulillah selesai kes rujuk depan hakim dan mahkamah. Kami suami isteri yang sah.

Segala yang berlaku ada hikmahnya dan apabila perkara tidak baik terjadi kita boleh lihat sikap sebenar seseorang itu.

Penyanyi itu turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa bermuhasabah diri dan menerima segala baik dan buruk yang berlaku dalam kehidupan.

Kadang kala kita perlu melihat diri sendiri melalui proses muhasabah diri. Terima kasih Allah untuk segalanya.

Apa sahaja baik atau buruk, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sekadar info tambahan, Rushdi telah menceraikan Nora dengan talak satu pada 12 Ogos yang lalu menerusi rakaman video berdurasi 52 saat.

Selepas video tersebut mendapat kecaman netizen, penyanyi itu sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suaminya, namun mengikut arahan seseorang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*