Tong Gas Mel3tup, Suami Syura Badron Mel3cur Ter0k – “Mohon Doa Dari Semua…”

Penyanyi, Syura Badron membuat satu hantaran di Instagram akaunnya memaklumkan suaminya, Muhammad Farizat sedang menerima rawatan di hospital.

Menerusi hantaran tersebut, dia memberitahu suaminya melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis baru-baru ini.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraaan Farizat dan menganggap ada hikmah disebalik dugaan yang berlaku pada keluarganya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Syura badron official (@syurabadron)

Dalam pada itu, penyanyi itu menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang hebat yang pernah dikenalinya.

Menurutnya, meskipun sedang menahan sakit, Farizat masih mampu untuk tersenyum kepadanya dan anak-anak.

Sekadar info tambahan, Syura pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006, dikurniakan tiga cahaya mata namun berpisah pada Ogos 2015.

Kemudian dia bertemu jodoh bersama Farizat pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*