‘Ahmad Nawab Akan Sentiasa Menjadi Hero Dunia Lagu Tanah Air’ – Pak Nil

Personaliti televisyen terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi menyifatkan pemergian lagenda muzik, Tan Sri Ahmad Nawab sebagai satu kehilangan terbesar buat negara.

Imbau kenangan bersama Ahmad Nawab

Menerusi Instagram (IG), Aznil yang mesra disapa Pak Nil memuat naik gambarnya bersama Ahmad Nawab sewaktu mereka melakukan sesi penggambaran sebuah program terbitan stesen televisyen swasta.

Menurut perkongsian tersebut, Pak Nil mengimbau kembali kenangan sewaktu dirinya menyertai sesi uji bakat nyanyian ketika berusia 12 tahun.

Perginya seorang yang sangat saya hormati. Tak ramai yang tahu bahawa saya pernah diujibakat sebagai penyanyi kanak-kanak sewaktu saya berusia 12 tahun.

Ironinya, beliau (Ahmad Nawab) masih mengingati sesi itu serta lagu yang saya dendangkan.

Pak Nil amat terkejut bila beliau sebut mengenai sesi itu sewaktu Pak Nil menemu bualnya ketika satu rakaman program televisyen.

Di akhir hantaran, pengacara berusia 62 tahun ini menyifatkan Allahyarham Ahmad Nawab akan sentiasa menjadi hero bagi industri lagu tanah air.

Walaupun tak terpilih tapi sehingga bila-bila Tan Sri Prof Dr. Ahmad Nawab akan sentiasa menjadi hero dunia lagu buat tanah air, al-Fatihah.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, netizen dan rakan artis menitipkan bacaan surah al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham Ahmad Nawab dicucuri rahmat.

Sekadar info, Allahyarham Ahmad Nawab meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Batu Caves pada jam 3.15 petang, semalam.

Menurut cucunya iaitu Khairul Hafis Khan, Ahmad Nawab tidak mempunyai penyakit kronik, namun keadaannya lemah selepas dibenarkan pulang daripada rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bulan lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: IG Aznil

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*