Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menafikan dakwaan yang mengatakan rumah tangganya bersama Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman kini sedang bergolak.
Memetik dari HibGlam, Heliza atau nama lengkapnya Nur Heliza Helmi berkata hubungannya dengan suami dalam keadaan yang baik dan mereka masih bahagia.
Saya memang sangat terkejut apabila mengetahui hal ini. Persoalan pertama ialah dari mana datangnya dakwaan ini.
Kedua, individu yang menyebarkan berita ini, dia dengar dari mana dan siapa orang itu kerana sebelum saya menjawab persoalan sebegini, saya perlu tahu dari mana puncanya.
Macam mana saya hendak jawab perkara sebegini kerana mungkin direka atau apa tujuannya. Tetapi, apa-apa pun alhamdulillah dia (suami) ada bersama dengan saya untuk program hari ini (Rabu).
Pelakon itu menepis dakwaan mengatakan rumah tangganya bergolak hanya kerana dia kurang memuat naik gambar bersama suaminya di media sosial.
Masyarakat sekarang ini ada banyak masa jadi mereka akan tolong fikir tentang hal masyarakat (orang) lain. Saya buat itu (tidak berkongsi gambar) bukan sebab tertentu atau sesiapa tapi sebab diam itu lebih baik.
Saya rasa perkara ini (rumah tangga bermasalah) tidak wujud pun, dan saya harap kalian boleh doakan yang baik-baik untuk saya.
Sekadar info tambahan, Heliza dan Mahadi mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply