Remaja Ulang Kaji Sambil Jaga Ibu Terlantar Di Hospital Runtun Hati Netizen – ‘Tak Ada Alasan Untuk Tak Belajar’

Di TikTok, tular satu video memaparkan seorang remaja lelaki yang begitu tekun belajar sambil menjaga ibunya yang terlantar di hospital.

Jaga ibu terlantar di hospital

Menerusi perkongsian dimuat naik, remaja yang dikenali sebagai Nazrin itu telah berkongsi momen dirinya yang begitu tenang mengulang kaji pelajaran dan dalam masa yang sama mampu menguruskan ibu tercintanya.

Menurut Nazrin, dia menganggap apa yang berlaku dalam kehidupannya sebagai satu ujian untuk melatih dirinya menjadi seorang yang lebih matang.

Malah, yakin pasti ada hikmah disebalik setiap ujian yang berlaku.

Sebab itulah, kita dalam hidup ini kan, bila kiti diuji dengan banyak gila dugaan, janganlah anggaplah itu sebagai dugaan semata-mata.

Anggaplah itu sebagai satu ‘journey’ untuk kau menjadi lebih matang dan pasti ada hikmah disebaliknya.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Nazrin itu telah meraih lebih 290,000 tontonan dan lebih 63,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Nazrin dan mendoakan agar urusannya dan keluarga dipermudah.

@whrenaz55

2024❤️

♬ original sound – Leppstoremyyy – lyphthriftmy

Komen netizen

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*