Baru-baru ini, filem Indonesia Ipar Adalah Maut telah meraih perhatian ramai dan menjadi topik hangat dikalangan warganet kerana memuatkan tema hubungan kompleks dalam sebuah keluarga.
Filem ‘menunggang’ agama Islam
Susulan sudah menjadi topik utama, ada sebahagian netizen merasakan filem ini mempunyai elemen-elemen yang menyimpang dari ajaran Islam kerana biarpun ia berlatarkan tema ‘Islamik’, tetapi banyak babak-babak intim yang dipaparkan.
Teruatamanya netizen Malaysia, mereka mengkritik filem itu seakan-akan menunggang agama Islam.
Dear Muslim Mothers,
Could you please STOP hyping Ipar Adalah Maut as some kind of ‘Islamic movie for mature audiences’? It’s not. It’s just dressed-up pseudo-Islamic porn!And saying it’s okay as long as the kids aren’t watching? Eh tolonglah! 🙄 pic.twitter.com/Zvd4NRMNJK
— MIMI ASMARA (@WVGIF) November 14, 2024
Netizen Indonesia anggap netizen Malaysia keterlaluan
Bagaimanapun, kebanyakkan netizen Indonesia merasakan komen yang dilemparkan oleh netizen Malaysia keterlaluan dan merasakan babak intim dalam filem itu boleh diabaikan, malah tidak sepatutnya menjadi sebab utama untuk hentam karya berkenaan.
Dalam pada itu, mereka turut menasihati netizen Malaysia hanya mengambil ikhtibar daripada filem terbabit, lagi-lagi ia berdasarkan kisah benar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply