Minta Tagline ‘Berayaq’ Dilupakan, Penjual Donut Susu Mahu Anjur Program Solat Subuh Berjemaah & Saran Golongan Muda Sentiasa Berzikir

Susulan membuat teknik pemasaran kurang sopan, penjual donut susu tampil memohon maaf dan memohon orang ramai melupakan tagline ‘berayaq’ yang direka sebelum ini.

Mahu anjur program solat Subuh berjemaah

Bahkan, lelaki terbabit turut meluahkan hasrat mahu menganjurkan program solat Subuh berjemaah kerana dalam usaha perbaiki diri dan kekhilafan yang dilakukan sebelum ini.

Donut susu berayaq

Malah dalam perkongsian yang dimuat naik di platform media sosialnya, dia menyarankan agar pengikut terutama daripada golongan muda untuk sentiasa berselawat serta berzikir.

Bukan abang nak main isu agama, abang nak adik tunjuk kepada cikgu, kawan, mak, ayah bahawa ada perkara baik yang adik follow dari abang.

Nafi jahil tentang agama

Dalam pada itu, usahawan itu sempat menegaskan dirinya tidak jahil tentang agama seperti didakwaan yang dilemparkan oleh netizen di platform media sosial.

Kami tahu serba serbi agama, kami minta maaf mengenai perkara sebelum-sebelum ini. Jangan cakap dah (berayaq) lepas ni cakap ja Subhanallah. Abang bukan sindir tetapi nak kita buat pahala.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*