Baru-baru ini, tular tentang perniagaan gerai tepi jalan yang menjual megi dengan beberapa variasi ‘topping’ seperti hot dog dan ayam rangup.
Ramai netizen mengkritik rakyat Malaysia kerana sanggup beratur panjang demi semangkuk megi goreng sedangkan boleh sahaja dibuat sendiri di rumah.
Terbaru, tular pula video yang memaparkan peniaga gerai tersebut yang memberi komen ‘kurang enak’ didengar dan ia mengundang pertikaian netizen di laman sosial X.
Sesetengah individu berpendapat etika peniaga tersebut tidak bagus dan mungkin boleh memberi kesan kepada perniagaannya pada masa akan datang.
Jangan berlagak kak. Hahahaha. Kedai kau makin ramai, confirm kualiti kau boleh jatuh.
Video itu memaparkan peniaga tersebut memerli netizen yang memberi kecaman selepas tular rakaman menunjukkan orang ramai beratur panjang pada waktu malam untuk membeli megi dijualnya.
Sebagai peniaga & tukang masak aku faham je rasa kena kecam or org komen2 yg kurang manis tu tapi dari segi etika berniaga, benda gini boleh backfire kau balik.
Jangan berlagak kak. Hahahaha. Kedai kau makin ramai, komfem2 kualiti kau boleh jatuh.
TikTok : maggimalam
— ChepBoi™ (@HarithHmzh) href=”https://twitter.com/HarithHmzh/status/1855571752111497360?ref_src=twsrc%5Etfw”>November 10, 2024
Ada yang berpendapat peniaga tersebut tidak patut berlagak kerana gerainya sendiri berniaga secara ‘haram’ dan bukan di tapak yang dibenarkan dan berdaftar dengan pihak berkuasa.
Seorang netizen pula sempat berkongsi tangkap layar memaparkan cara peniaga itu membalas kepada soalan individu menerusi ruangan komen di TikTok.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply