Lan Pet Pet Mahu Sertai ‘Asia’s Got Talent’ Sebelum Menutup Mata – ‘Saya Nak Naikkan Nama Malaysia’

Ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet memaklumkan mahu menyertai program realiti Asia’s Got Talent sebelum dirinya menutup mata.

Nak ketengahkan bakat

Ketika ditemui, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad berkata, tujuannya mahu menyertai program tersebut adalah kerana mahu mengetengahkan bakat yang ada pada dirinya.

Sebelum saya ‘pergi’ (meninggal dunia), ada satu program yang saya nak masuk iaitu Asia’s Got Talent.

Itu ‘last’ dan penutup dan saya akan masuk seorang.

Saya nak ketengahkan bakat saya yang boleh buat bunyi-bunyian dan saya nak buat yang terbaik.

Saya juga dah ada usaha ke arah itu dan dah buat ‘preparation’.

Mazlan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kejayaan Senario meraih trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-36 yang diadakan di Al-Maliki Travel, Puncak Alam, baru-baru ini.

Pernah ke sesi uji bakat

Tambah Lan, dia juga pernah mencuba nasib pada tahun 2015 namun tidak dapat meneruskan perjuangan kerana hadir lewat ke sesi uji bakat.

Pada tahun 2015 lalu, saya pernah ke uji bakat tetapi waktu itu saya sampai lambat jadi tak ada rezeki saya.

Dan saya rasa, mungkin musim yang akan datang saya nak cuba lagi. Kita tengok macam mana.

Ketika ditanya mengapa dirinya berhasrat menyertai Asia’s Got Talent, pelakon filem ‘Senario: The Movie’ ini memaklumkan mahu mengharumkan nama Malaysia.

Saya nak naikkan nama Malaysia. Kalau Allahyarham Sudirman merupakan penghibur nombor satu di Asia, begitu juga saya nak naikkan nama Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*