“Bayar Hak Pekerja Jangan Sibuk Buat Podcast” – Bubblebee Didenda RM17,500 Gara-Gara Tak Bayar Tunggakan Caruman Perkeso

Syarikat pengeluar air minuman, Bubblebee Sdn. Bhd. (Bubblebee) dijatuhi denda berjumlah RM17,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas tujuh pertuduhan, termasuk kegagalan membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Majistret Ameera Mastura Khamis memutuskan demikian selepas syarikat itu, yang diwakili oleh dua pengarahnya, Shahmira Muhamad, 40, lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu, dan Koh Choon Guan, 33, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan mereka.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Mahkamah juga mengarahkan agar pemilik syarikat tersebut dipenjarakan selama dua bulan sekiranya gagal melunaskan denda yang dikenakan.

Selain itu, syarikat itu dibenarkan untuk membuat pembayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada Perkeso.

Bubblebee menghadapi tiga pertuduhan sebagai majikan utama kepada seorang lelaki berusia 25 tahun yang gagal membayar caruman bagi bulan November hingga Disember, berjumlah RM97.80. Pertuduhan ini adalah mengikut Seksyen 6 (1) dan (8) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 serta Peraturan 32, Peraturan-Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Syarikat itu juga didakwa tiga lagi pertuduhan kerana gagal membayar caruman sebanyak RM17.40 untuk lelaki yang sama bagi tiga bulan yang sama, mengikut Seksyen 18 (1) Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Pendaftaran dan Caruman) 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*