Rashidi Ishak komen nyanyian Fazura, cadang pengurus cari guru vokal… “Dia tone deaf”

KRITIKAN terhadap nyanyian Nur Fazura bukan sahaja menjadi bualan netizen, malah turut menarik perhatian rakan selebriti antaranya pelakon Rashidi Ishak.

Terpanggil untuk menulis komen mengenai persembahan aktres berkenaan, Rashidi, 51, mencadangkan pengurus Fazura mencarikan guru vokal bagi membantu nyanyian bekas isteri Fattah Amin itu.

“Sava melihat nyanyian Fazura dalam sebuah rancangan di Jakarta.

Rashidi berpendapat Fazura seorang tone deaf.

“Pengurus Fazura perlu memberitahunya untuk mendapatkan jurulatih vokal. Dia tone deaf.

“Genre balada bukan mudah untuk dinyanyikan. Apatah lagi lenggok Melayu,” katanya menerusi hantaran di Threads pada pagi Rabu.

Sementara itu, Rashidi berkata ilmu nyanyian boleh dipelajari dan setiap orang memerlukan masa untuk menjadi seorang penyanyi hebat.

Malah dia yakin jika Fazura berlatih dengan bersungguh-sungguh, aktres itu mampu menyanyi dengan lebih baik.

“Nyanyian boleh dipelajari. Nyanyian hebat memerlukan masa untuk berlatih.

“Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berkata semasa dia masih muda dia berlatih menyanyi lapan jam sehari atau sebagainya.

“Jadi saya yakin Fazura boleh. Sama ada dia mahu atau tidak, itu terpulang padanya,” jelasnya.

Pada Selasa, Fazura membuat penampilan sulung selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu dalam sebuah program bual bicara di Indonesia mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Dalam program berkenaan Fazura mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.

Rashidi percaya jika Fazura berlatih dengan guru vokal nyanyiannya akan lebih baik.

Bagaimanapun percubaan Fazura menyanyikan lagu tersebut secara solo membuatkan ramai memberi komen berbentuk nasihat agar aktres itu kembali memikirkan tentang kariernya dalam bidang nyanyian.

Lagu Bertahan Demi Cinta sebelum ini pernah menjadi bualan hangat apabila dilancarkan selepas Fazura dan Fattah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di

Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Selain mempromosikan single baharu di Indonesia, Fazura turut berkongsi perasaan dia tidak menyesal hubungannya dengan Fattah berakhir dengan penceraian.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya berusia empat tahun.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*