Seorang jurusolek perkahwinan (MUA) yang dikenali sebagai Puteri Arissa mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman menyedihkan yang dialami pelanggannya kira-kira satu jam sebelum majlis pernikahan menerusi TikTok.
Batal majlis saat akhir
Menerusi perkongsian yang dibuat, MUA tersebut memaklumkan pelanggannya yang merupakan pengantin wanita terpaksa berdepan dengan situasi menyedihkan apabila bakal suaminya membatalkan majlis pernikahan di saat akhir.
Walau bagaimanapun, pelanggannya itu dilihat tetap mahu meneruskan sesi solekan meskipun mengetahui pengantin lelaki tidak hadir ke majlis akad nikah mereka.
Lagi sejam nak bernikah, pihak lelaki ‘cancel’.
Bukan konten!
Dalam pada itu, MUA tersebut menafikan hantaran yang dimuat naiknya itu adalah konten yang dibuat-buat sebaliknya kejadian itu benar berlaku di depan mata.
Pertama kali jadi depan saya dan terjadi dekat kawan saya.
Perkongsian itu kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati kepada pengantin perempuan.
Bukan itu sahaja, hantaran tersebut turut mendapat perhatian penyanyi, Iman Troye yang memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 675,000 tontonan dan lebih 42,000 tanda suka.
VIDEO
@puteriarissafrh Senyum untuk bagi kekuatan 🫠
Komen netizen
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: TikTok
Leave a Reply