Tajul sakit perut sampai susah ‘membuang’, rupanya terkena jangkitan kuman pada usus

PENYANYI Tajul terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor selepas mengalami sakit pada bahagian perut sehingga sukar membuang air besar.

Tajul atau Tajul Ariff Noor Md Shari, 26, berkata, hasil pemeriksaan mendapati punca dia mengalami kesakitan disebabkan jangkitan kuman pada bahagian usus.

“Dua tahun lepas saya pernah mengalami sakit serupa tapi kali ini lebih serius sehingga tak boleh nak buang air besar.

Tajul kini masih menerima rawatan di hospital.

“Saya memang ada masalah gastrik dan doktor memberitahu ada jangkitan kuman pada usus.

“Kesakitan yang ditanggung memang tak boleh nak tahan dan sebab itu saya serah diri ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya

Bercerita mengenai keadaannya, Tajul mula mengalami rasa sakit perut sejak empat hari lalu namun hanya mengambil ubat di klinik.

“Selepas dua hari makan ubat klinik keadaan saya masih sama dan hanya hilangkan rasa sakit buat seketika.

“Syukur hari ini (Ahad) keadaan saya semakin baik dan sudah boleh ‘membuang’… Jika sakit mash berterusan, doktor akan melakukan endoskopi,” katanya.

Dalam masa sama Tajul juga turut memaklumkan dia terpaksa membatalkan kemunculannya dalam sebuah acara pada Sabtu disebakan sakit dialmi.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*