“Aku Takde Kaki, Teringin Nak Rasa Vibe Joging” – Tiga Sahabat Dipuji Usaha Bawa Kawan Berkerusi Roda Riadah

Tindakan tiga sekawan membawa seorang sahabat mereka yang teringin merasai suasana joging meraih pujian ramai warganet.

Menerusi video yang tular di TikTok, ketiga-tiga mereka menunaikan keinginan rakan bernama Haikal yang berkerusi roda untuk merasai suasana tersebut.

Selagi kami ada, kau santai je sahabat.

Sambil berlari-lari anak, ketika-tiga lelaki tersebut memegang kerusi roda rakan mereka dan menolaknya agar dia merasakan seperti sedang berjoging.

Video pendek berdurasi 19 saat itu berjaya menambat hati pengguna TikTok yang berasa tersentuh dengan usaha tiga lelaki terbabit untuk menggembirakan rakan mereka dan membuatkannya tidak berasa tersisih.

Ramai yang mendoakan agar persahabatan mereka berempat kekal sehingga ke akhir hayat. Malah ada yang berkata ‘friendship’ kaum lelaki memang lebih seronok dan sesetengah wanita membandingkannya dengan persahabatan orang perempuan.

VIDEO

@marvelshinbe

Selagi kami ada, kau santai je sobat. #sahabat #member #rezeki #fyp #running @F’s 🦖 @Nazz🐯 @haziqzuzuzu ✈︎ ·˚ @hzrq zuzu.

♬ Камин – DR3AM7NG

Kebanyakan persahabatan lelaki lagi best daripada persahabatan perempuan.

komen netizen TikTok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*