Diana Danielle Bakal Fail Cerai Terhadap Farid Kamil – ‘Dia Mungkin Akan Bawa Bunga, Cincin & Janji Palsu’

Pelakon Diana Danielle membuat pendedahan mengejutkan apabila mengumumkan akan bercerai buat kali kedua dengan suaminya, Farid Kamil.

Enggan kongsi punca

Menerusi hantaran di Instagram, Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, memaklumkan akan memfailkan perceraian.

Saya dah buat keputusan untuk berpisah dengan suami dan akan failkan cerai.

Walau bagaimanapun, Diana enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

Tidak, saya tidak akan jelaskan mengapa. Seperti biasa, mungkin dia (Farid) akan bawa bunga, cincin dan janji palsu.

Dalam masa, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson menegaskan di kapsyen ‘Rujuk bukan untuk semua orang, lepaskan saya. Terima kasih.’

Terdahulu, selepas 11 tahun perkahwinan, Diana dan Farid bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan itu kemudian rujuk semula dalam tempoh iddah.

Perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*