Cik Epal Hantar Surat Peguam, Tuntut Ganti Rugi RM1 Juta Daripada Dewi Gara-Gara Kenyataan Fitnah

Usahawan dan pensohor media sosial, Cik Epal menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita bernama Dewi gara-gara menyebarkan fitnah sekaligus menjejaskan imejnya pada ketika ini.

Difahamkan, Cik Epal merujuk kepada satu hantaran Instagram Story yang dibuat Dewi di mana memperlihatkan wanita itu menjawab soalan seorang individu dan mendakwa Cik Epal yang meruntuhkan rumah tangganya terlebih dahulu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Menurut Cik Epal, kenyataan yang dibuat Dewi itu adalah fitnah semata-mata susulan kontroversi melibatkan dirinya bersama bekas suami, Jofliam sebelum ini.

Berikutan itu, Cik Epal menuntut Dewi untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat serta ganti rugi sebanyak RM1,000,000 atau setimpal.

Terdahulu, rumah tangga Cik Epal dan Jofliam didakwa dilanda badai disebabkan kehadiran orang ketiga yakni Dewi.

Pasangan itu kemudiannya mengambil keputusan untuk bercerai setelah lebih 10 tahun hidup berumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dewi perjelas status diri

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*