Sepotong video memperlihatkan penyanyi dan pengacara, Alif Satar menyodok najis kerbau yang bertaburan di atas jalan raya telah meraih pujian wargamaya.
Najis kerbau
Menerusi hantaran di TikTok, Alif atau Muhammad Alif Mohd. Satar, 34, dilihat membersihkan najis haiwan tersebut menggunakan penyodok kerana mengganggu pengguna jalan raya.
Alif yang mengenakan jersi berwarna hitam kelihatan begitu ‘struggle’ kerana najis tersebut bersaiz besar dan wajahnya ada kala berkerut disebabkan menahan bau busuk.
Dipercayai, kejadian tersebut berlaku ketika pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu sedang melakukan aktiviti riadah di sebuah kawasan.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tindakan Alif yang sukarela membuang najis tersebut.
Video
@itsalifsatar Di tengah bandar yang tenang, siapa sangka ada taik kerbau🐃
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok
Leave a Reply