Perkongsian seorang individu tentang pengalaman yang pernah dilaluinya berkaitan satu kejadian tragis berpunca dengan perbuatan ‘prank’ mendapat perhatian.
Wanita itu berkongsi kisah tersebut selepas satu video tular baru-baru ini yang memaparkan satu keluarga membuat ‘prank’ hari lahir berkaitan isu kecurangan.
Tulis wanita itu, dia pernah mengendalikan kes kemalangan maut dan lebih menyayat hati, mangsa sedang dalam perjalanan pulang, akibat ‘prank’ oleh suami.
Si isteri dalam perjalanan nak pulang ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa selepas dimaklumkan oleh rakan yang suaminya bawa perempuan lain balik ke rumah.
Tambahnya, akibat kemalangan terbabit mangsa meninggal dunia di tempat kejadian tatkala suami sedang menunggunya di rumah untuk menjayakan ‘prank’ ulang tahun kelahiran wanita itu.
Si isteri terus bergegas keluar dan mendapatkan motosikalnya. Sebaik keluar dari simpang kilang tempat bekerja, motosikal wanita itu terbabas dan mangsa dilanggar pula oleh kereta yang cuba mengelaknya.
Majlis sambutan ulang tahun kelahiran bertukar tragedi berdarah. Sampai sekarang lelaki itu tidak berkahwin lain, duk fokus membesarkan tiga orang anaknya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Sumber
Leave a Reply