Cik Epal Respons Kenyataan Dewi – ‘Ambil Je La Duda Aku, Sedekah Kepada Sesiapa Yang Memerlukan’

Pempengaruh Cik Epal tampil memberi respons terhadap kenyataan wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya, Jofliam iaitu Dewi.

Respons Cik Epal

Menerusi hantaran yang baru sahaja dimuat naik di Threads, Cik Epal atau sebenarnya Murni Mahmud berkongsi kenyataan Dewi daripada temu bual sebuah program.

Berdasarkan temu bual tersebut Dewi mendedahkan bahawa Cik Epal memberi tawaran kepadanya untuk menjadi isteri kedua Jofliam.

‘I didn’t say yes, I didn’t say no’.

Tidak berdiam diri, Cik Epal kemudian membalas kenyataan tersebut dengan menawarkan bekas suaminya secara terbuka kepada mana-mana wanita yang menginginkannya.

Ambil je la duda aku tu, aku sedekah kepada sesiapa yang memerlukan.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong Cik Epal dan menasihatinya agar tidak mengambil endah dengan kontroversi yang sedang berlaku.

Jangan dilayan semua, semoga Cik Epal terus kuat..biarkan orang yang ‘terpaling’ tu.

Ringkas, padat, tepat.

‘Flay higher’, Cik Epal!

Dalam masa yang sama, mereka juga kurang senang dengan tindakan Dewi yang mendedahkan konflik tersebut kepada umum.

Masalahnya dengan bangga dia buat video, sedangkan tuan badan pun malas nak bercerita dekat orang.

Konflik pasangan lain bila melibatkan kita, walaupun fitnah kita sepatutnya tarik diri. Elak benda jadi bertambah besar.

Usah nak perjelaskan tak curang atau apa-apa, menjauh dari ruang itu.

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: Threads Cik Epal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*