Didakwa Masalah Kesihatan B4tin Jadi Punca Percer4ian, Datuk Fazley Hanya Mampu Ketawa – “Saya Ni Duta Klinik Kesihatan Lelaki, Mana Tak Sihatnya?”

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui dirinya hanya mampu ketawa apabila muncul dakwaan yang mengatakan dirinya mempunyai masalah batin dan kelelakian sehingga menjadi punca dia bercerai dengan isteri, Datin Azrene Soraya.

Kata Fazley yang juga penyanyi itu, dia tidak tersinggung dengan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal.

Azrene pernah keguguran 13 kali dan anak saya empat orang sekarang ni. Kenyataan itu kelakar sebenarnya. Semasa saya umumkan hari perceraian saya, ramai yang menghantar DM mengenai perkara ini.

Tapi jujur saya katakan, ia langsung tidak membuatkan saya terasa hati, malah saya tergelak, sebab kelakar.

Mungkin mereka tidak tahu saya telah lama dilantik sebagai duta klinik kesihatan lelaki, dan saya tetap dikurniakan empat orang anak. Mana tak sihatnya?

Terdahulu, muncul satu perkongsian TikTok yang memaparkan rakaman suara Datuk Fazley bercerita mengenai perceraiannya berserta tajuk utama bertulis ‘Alat sulit Datuk Fazley terkulai, punca isterinya minta cerai’.

Dia dalam pada itu berkata tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-undang buat penyebar fitnah kerana enggan memanjangkan isu remeh seperti itu.

Bagi saya, saman menyaman ini dari dulu saya sudah buat, jadi biarlah. Saya maafkan mereka.

Terdahulu, Fazley mengesahkan dia sudah bercerai dengan isteri, Azrene Soraya beberapa bulan lalu selepas 18 tahun hidup bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*