Kening Tipis, Abby Abadi Nafi Ubah Ciptaan Allah – “Saya Tahu Benda Itu Dilaknat”

Pelakon Abby Abadi tampil memberikan respon setelah namanya ‘dipetik’ sesetengah netizen yang mendakwa dirinya mengubah ciptaan Allah gara-gara kening terlihat tipis seperti dicukur.

Ujar Abby, dia tidak pernah berbuat demikian kerana bentuk keningnya itu memang sudah terbentuk seperti itu, iras ibunya.

Hal kening ini saya dah jawab lama dah. Memang itulah rupanya, memang turut temurun daripada emak saya.

Ini tak buat apa pun, nak lukis pun malas. Lawa sangat ke kening saya ni? Saya tahu cukur kening itu dilaknat, saya tak buat.

Dia juga meminta netizen untuk tidak berasa risau sebaliknya mendoakan agar sama-sama dapat menggapai syurga Allah.

Terdahulu, seorang individu tampil bertanyakan sama ada Abby mencukur kening kerana terlihat halus di TikTok.

Cukur kening ke puan? Cuba tak payah cukur kening tu, nampak lagi elok. Maaf atas apa yang saya cakap ini buat puan terasa.

Netizen terutamanya peminat Abby turut mempertahankan pelakon dan penyanyi itu kerana sudah mengetahui keadaannya sejak awal kemunculan sebagai selebriti.

VIDEO

@abbyabadihq

Replying to @Diana_Manis 🥰 Hal kening ni kita dah jawab lama dah.. memang itu lah rupanya.. Memang turun temurun dari Mak kita. Ni tak buat apa ni, nk lukis pun malas.. Lawa sangat ke kening kita ni? Kitapun tahu cukur kening tu dilaknat Awak.. kita tak buat. Awak jangan risau ok.. Doakan kita sama2 berjaya mengapai Syurga ALLAH ok Aminnnn 😍🙏🏻 Ps: kita pakai tudung @Nur Fazura @Tudung FAZURA Official comeyy tak? Hihi

♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*