“10 Tahun Hidup Bersama, Aku Sah Bercerai Dengan Jofliam Atas Izin-Nya” – Cik Epal

Pensohor media sosial dan juga usahawan, Cik Epal memaklumkan episod rumah tangganya bersama suami, Jofliam sudah menemui penghujung.

Difahamkan, kedua-duanya telah sah bercerai setelah ibu kepada dua anak itu ada menguar-uarkan mengenai berita tersebut di satu hantaran TikTok.

Cik epal bercerai dengan Jofliam

10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan Jofliam atas izin-Nya.

Dia dalam pada itu mengakui sudah reda dengan segala ketentuan yang ditetapkan Allah S.W.T terhadap dirinya.

Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.

Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tak ada apa milik kita. Kita hanya mampu merancangan tetapi Allah tahu apa yang terbaik.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menitipkan pesanan dan doa agar Cik Epal sentiasa tabah dalam mengaharungi episod duka ini.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Sekadar info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*