“Jangan Ambil Kesempatan, Tolong Pakai Otak” – Pengurus Fazura Anggap Syarikat Rakaman Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ Menangguk Di Air Keruh

Pengurus kepada pelakon Nur Fazura, Iman Tang memaklumkan bahawa pihak mereka tidak tahu menahu mengenai pelancaran lagu duet Bertahan Demi Cinta bersama Fattah Amin pada Khamis ini.

Menganggap perkara tersebut sebagai tidak sesuai dengan waktunya dan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan perceraian tersebut sebagai gimik untuk mempromosikan lagu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh @hits_records

Apa yang saya tahu perkara ini mungkin terjadi apabila berita (perceraian) ini sudah kecoh. Ini bukan masa yang tepat dengan tajuk lagu pula begitu.

Sebab pada akhirnya, orang akan ingat mereka sekadar mahu jual lagu, gaduh-gaduh rupanya mahu jual tudung atau sambal ikan bilis.

Secara peribadi saya rasa mereka (label) menangguk di air keruh sebab perkara itu bukan benda yang bagus.

Sebagai orang Islam, kita tidak meminta tapi hormatilah jika seseorang melalui masa yang sukar. Jangan ambil kesempatan. Pakai otak.

Ujar Iman Tang lagi, Fazura juga tidak bersetuju untuk lagu itu dilancarkan kerana sudah dirakam lama.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Utusan Malaysia (@utusanonline)

Saya tidak tahu apa rancangan mereka (labe) bagi mereka mungkin lagu ini orang akan dengar. Saya juga tidak tahu jika ada terikat dengan kontrak.

Kalau Fazura promosi lagu itu saya akan marah sebab cara ini tidak betul. Soal perceraian bukan bahan jenaka untuk diambil kesempatan.

Difahamkan, lagu Bertahan Demi Cinta itu telah dirakam pada awal tahun ini dan turut menjadi runut bunyi bagi drama Hero Seorang Cinderella yang dibintangi, Fattah, Fazura serta anak mereka, Fatima Aisya.

Terdahulu, syarikat rakaman Hits Record dari Indonesia itu telah memaklumkan bahawa mereka akan meluncurkan lagu single duet tersebut pada 10 Oktober ini di semua platform penstriman digital.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*