Emma Maembong Buka Mulut Isu Perceraian Bersama Bekas Suami

Pelakon Emma Maembong menerusi satu hantaran di Instagram tampil memberi penjelasan mengenai isu perceraian bersama bekas suami, Muhammad Shazli Azhar yang diumumkan semalam.

Tulis pemilik nama Fatimah Rohani Ismail itu, hubungannya bersama Shazli masih baik kerana mementingkan kesihatan mental anak mereka.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Jika diikutkan, kami tidak mahu mengumumkan mengenai perceraian ini kerana tidak mahu menanjangkan isu. Namun bagi mengelakkan sebarang fitnah, kami sama-sama bersetuju untuk memaklumkan perceraian ini.

Emma juga berharap semua pihak untuk tidak mereka-reka cerita dan spekulasi tidak benar di atas hal perceraian itu.

Sekali lagi, kami berdua memohon diberikan ruang privasi, untuk kami membesarkan kedua anak kami dengan baik.

Aktres itu turut mengucapkan terima kasih kerana memahami situasi dan keadaan serta memohon doa yang terbaik buat keluarga mereka.

Emma maembong cerai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*