Cur4ng tuduhan berat, Pekin dedah Fattah selalu sebut rindu isteri dan anak

TAMPIL mempertahankan sahabatnya, pelakon Pekin Ibrahim memberitahu dakwaan aktor Fattah Amin berlaku curang adalah satu tuduhan berat.

Berkongsi pengalaman menjalani penggambaran bersama, Pekin atau Mohd Iznan Ibrahim, 43, berkata Fattah sama sekali tiada bercakap mengenai hal wanita lain sebaliknya sentiasa merindui isteri dan anak.

“Kami luang masa bersama di set penggambaran untuk sebuah filem, tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajah mahupun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak dan isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut Fattah

Pekin anggap dakwaan Fattah berlaku curang adalah tuduhan berat.

“Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain, kami menjalani pengambaran lama bersama pelakon dari Indonesia, tidak sekali pun saya nampak Fattah menggatal atau bercerita hal wanita.

“Sampai waktu solat hanya minta rehat untuk tunaikan kewajipan, sebagai kawan saya rasa tuduhan itu berat buat dia,” katanya.

Pekin meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran dia akaun Facebook miliknya pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Pekin berkata buat masa sekarang perkara terbaik adalah meminta Fattah, 34, kuat hadapi ujian hidup.

Malah aktor itu berharap perkara sebegitu dijauhkan daripada berbalik kepada rumah tangganya.

“Hanya apa yang mampu kita semua minta supaya Fattah tabah dan kuat.

“Sedih dengar hal-hal cerai ni. Minta jauh hal-hal macam ni. Tapi saya team Fattah” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah menjadi salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah.

Pekin dan Fattah ketika menjalani penggambaran bagi sebuah filem.

Malah, pelakon itu turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.

Untuk info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hail perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*