Keluarga datang beri sokongan kepada Fattah, bapa reda sebarang keputusan babit perkahwinan anak

MENGHARAPKAN yang terbaik, bapa Fattah Amin turut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam pada pagi Isnin bagi memberi sokongan terhadap pelakon berkenaan.

Mohd Amin Musa, 57, berkata, sebagai orang tua dia reda atas apa sahaja yang berlaku ke atas rumah tangga anakya.

“Apa yang berlaku kami reda. Harap yang terbaik buat anak. Semoga Fatima (cucu) juga baik,” ujarnya.

Ibu dan bapa Fattah reda apa sahaja keputusan kes cerai anak dan menantu mereka.

Amin yang hadir bersama isteri iaitu Azizah Abdul Ghani, 54, berkongsi perkara itu ketika ditemui pemberita di luar dewan mahkamah.

Fattah dan isterinya iaitu pelakon Nur Fazura, 41, turut hadir bagi sebutan kes cerai mereka.

Fazura pada 13 September lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hail perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*