Jadi duta jumpa jodoh, Beymad nikah influencer – “Daripada Pakmat dia datang, kepada Beymad dia kembali”

PENDAKWAH Ahmad Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Beymad mencuri perhatian ramai apabila menamatkan zaman bujangnya dengan pempengaruh, Nurina Izzayani atau Izz.

Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada Sabu, dengan mas kahwin sebanyak RM2,000.

Dalam satu perkongsian di akaun PakMatWestern, Beymad meluahkan rasa syukur dan bahagia selepas disatukan dengan pilihan hatinya yang dikenali ketika menjadi duta kepada produk makanan sejuk beku tersebut.

Majlis akad nikah dilangsungkan di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah.

“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih juga kepada Pak Mat Western yang menjadi asbab dan perantara saya dan pasangan, Izz.

“Terima kasih semua. Saya tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur (dengan perkahwinan),” ujarnya dalam satu hantaran dikongsikan di TikTok.

Pengumuman ini diterima baik oleh pengikutnya, dengan ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan pengantin ini.

“Daripada Pakmat dia datang, kepada Beymad dia kembali.

“Semoga Beymad dan pasangan mendapat kasih sayang sakinah mawaddah warrahmah hingga penghujungnya,” komen netizen.

Daripada Pakmat dia datang kepada Beymad dia kembali

Anak sulung daripada lima beradik itu mengenakan jubah putih, sedondon dengan pasangannya.

Pada Khamis, Beymad memuat naik satu hantaran di TikTok seolah-olah memberi gambaran berlangsungnya majlis perkahwinan dengan memberitahu dia ingin ‘berehat’.

“Saya akan rehat seminggu dari live (siaran langsung) semua. Harap tak ada yang menunggu. Doakan saya tau,” tulisnya pada video.

Beymad memilih Izz sebagai pasangan hidup.

Untuk makluman, Beymad terkenal di platform TikTok dengan jumlah 1.2 juta pengikut kerana sering berkongsi video berkaitan dengan agama, motivasi, dan kehidupan seharian.

Sebelum ini, Star pernah berkongsi mengenai anak jati Kuala Nerang, Kedah ini dipuji kerana kacak dan digelar ‘ustaz soft spoken’ ketika menyampaikan dakwah.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*