STIGMA dan prasangka negatif sering menjadi penyebab mereka yang dijangkiti penyakit HIV dipinggirkan, dihakimi dan diperlakukan dengan tidak adil.
Pemikiran sama turut membelenggu seorang bekas kakitangan sebuah agensi kerjaan berkaitan kebajikan ketika berhadapan dengan pesakit HIV.
Menurut wanita itu, kisah bermula apabila dia ditugaskan untuk membantu urusan berkaitan tuntutan kewangan sewaktu pesakit berkenaan bekerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
“Dulu ketika saya bekerja sebagai pegawai di agensi itu, saya mempunyai pandangan serong dan rasa takut nak berjumpa pesakit HIV secara fizikal. Saya rasa macam… mana tahu nanti penyakit dia boleh beriangkit dekat saya.
“Saya mengaku pemikiran saya bodoh masa tu. Mana tidaknya, saya selalu baca mengenai penyakit HIV atau AIDS ni semua daripada gaya hidup tak sihat dan liar.
Pekerja mudah terdedah dengan bahaya di tempat kerja. -Gambar hiasan
“Selalu saya tengok majalah pun tutup muka jadi apabila nak berhadapan ni perasaan seram la sikit. Saya hubungi nak set perjumpaan tapi dia tak nak. Dia minta saya temubual dia melalui panggilan telefon saja,” ujarnya memulakan cerita.
Menurut wanita itu lagi, dia cuba untuk mengetahui bagaimana pesakit berusia 38 tahun berkenaan menghidap HIV.
Ternyata jawapan yang diberikan pekerja pengemasan hotel itu benar-benang mengubah persepsinya kepada golongan pesakit berkenaan.
“Masa tu saya tanya… cik tahu dapat daripada mana penyakit HIV ni? Kata pesakit tu, dia dapat accidently (secara tak sengaja).
“Masa tu saya tanya apa maksud dia. Rupanya dia tukang cuci dekat hotel di Kuala Lumpur. Tahu tak macam mana dia dapat HIV? Masa dia kemas kutip sisa kotoran di hotel, jari dia tercucuk dengan jarum picagari.
“Picagari tu milik penginap sebelum ni yang sudah check-out. Pesta apa entah si penginap hotel tu anjurkan. Disebabkan kecuaian penginap, dia sudah merisikokan nyawa housekeeper yang tak ada kena mengena, katanya.
Setelah mendapat tahu kisah yang terjadi membuatkan wanita ini menangis kerana timbul rasa bersalah gara-gara sikap stereotaip dan memandang serong terhadap pesakit HIV.
Masa dia kemas kutip sisa kotoran di hotel, jari dia tercucuk dengan picagari
BEKAS PEGAWAI AGENSI
KERAJAAN
Bagi wanita ini, tanggapan buruk terhadap pesakit HIV masih menjadi isu besar dalam masyarakat termasuk dia sendiri walaupun maklumat mengenai penyakit ini semakin mudah diakses.
Namun kisah dikongsikan in bukan sahaja mendedahkan realiti yang perlu dihadapi pesakit HIV, tetapi juga mengajak kita untuk merenung semula tanggapan dan corak pemikiran kita terhadap mereka.
“Ya, pembantu hotel ni dapat HIV bukan sebab diri sendiri atau gaya hidup tapi akibat kemalangan di tempat kerja.
“Masa tu saya terdiam, terduduk dengar. Waktu dalam perjalanan balik ke rumah, saya menangis dan terngiang-ngiang dengar cerita kakak tersebut. Apa la salah kakak pembantu hotel, sampai macam ni nasib dia.
“Saya rasa bersalah dekat diri sendiri sebab judge dia terlalu awal dan pandang serong.
Wanita tu tak bersalah. Pengalaman dekat tempat kerja lama ni banyak mengajar saya realiti dalam kehidupan bermasyarakat ni,” jelasnya.
Komen netizen di Threads.
Hantaran yang dikongsikan di Threads ini mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang turut bersimpati dengan nasib tidak baik pesakit tersebut.
Dalam pada itu, ada dalam kalangan warga maya memberi cadangan serta nasihat secara terbuka yang boleh dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.
“Sepatutnya pekerja macam ni kena makan PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) sebelum mula kerja atau PEP (post-exposure prophylaxis) jika secara tidak sengaja teriadi macam ni. Macam mereka yang bekerja dalam industri kesihatan juga.
“Kasihan makcik tu. Mungkin dia tak tahu. Lagipun kasihan kadang-kadang tengok tukang cuci kaut sampah guna tangan macam tu je. Kuman-kuman lain pun banyak juga,” demikian antara komen netizen memberi pandangan.
sumber: mstar
Leave a Reply