“Aku Doa Dia Betul OKU!” – Lelaki Berlakon Naik ‘Wheelchair’ Demi Raih Simpati, Rupanya ‘Drive’ Kereta Alza

Sedia maklum, sejak akhir-akhir ini sering kali kita dapat lihat individu yang memilih jalan senang untuk raih pendapatan dengan berlakon menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) supaya membolehkannya meminta sedekah.

Terbaru, di platform X, tular seorang pengguna memuat naik semula video memaparkan seorang lelaki berkopiah yang duduk di atas wheelchair menipu meminta sedekah.

Dapat dilihat dalam video tersebut, lelaki tersebut hanya ‘berlakon’ menjadi OKU sedangkan dirinya sihat tubuh badan dan boleh berjalan seperti orang biasa.

Bahkan, dia turut mengemas sendiri wheelchair yang dinaiki dan meletakkan ia ke dalam but kereta Alza yang dipercayai miliknya.

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dengan sikap lelaki terbabit yang mengambil kesempatan dengan menjadi OKU demi raih simpati ramai ketika meminta sedekah.

komen

komen

Malah, netizen turut berkata ini merupakan punca mereka ‘serik’ mahu memberi bantuan kepada peminta sedekah kerana bimbang ditipu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : X

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*