Kongsi Foto Bersama Di Majlis Akikah, Ibu Shila Amzah Beri Bayangan Kemelut Keluarga Sudah Selesai

Sebelum ini, kemelut keluarga penyanyi hebat, Shila Amzah menjadi perhatian ramai, susulan semua pihak meluahkan perasaan di platform media sosial.

Terbaru, ibu Shila iaitu Fauziah Sarman tampil memuat naik foto bersama anak perempuannya itu seperti memberi bayangan bahawa hubungan mereka sudah kembali pulih.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Fauziah Sarman (@mamazie68)

Dapat dilihat Fauziah berkongsi momen-momen sekitar majlis akikah anak kedua Shila, hasil perkahwinannya bersama Ubai.

ibu shila amzah

Malah, ibu Shila turut berkongsikan gambar ‘selfie’ bersama penyanyi berkenaan dengan meletakkan kapsyen emoji berbentuk hati merah.

Bukan saja Fauziah, malah dua orang adik Shila iaitu Syada Amzah dan Syahir Amzah turut hadir di majlis akikah tersebut.

mamazie ucap hari lahir untuk shila

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*