PENDAKWAH bebas Pencetus Ummah (PU) Azman dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Seksyen Klang pada pagi Jumaat.
Hukuman itu dijatuhi selepas Azman atau didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dua tahun lalu.
Azman dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Noridah Adam selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan kes.
Bagi pertuduhan pertama, Azman atau Azman Syah Alias, 43, dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun dan satu sebatan.
Manakala pertuduhan kedua juga Azman dikenakan jumlah penjara sama serta satu sebatan yang mana hukuman itu berjalan secara berasingan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tertuduh selesai menjalani hukuman ditetapkan.
Sebelum ini, Azman diperintah membela diri pada Disember tahun lalu atas dua pertuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima face terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, Azman didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.
Azman masih mempunyai beberapa kes mahkamah isu yang sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur’ Ayuni Jamri, Nurul Izzati Mohamad dan Zahida Zakaria, manakala Azman diwakili peguam bela Mohamad Zahid Ahmad.
Selain itu, Azman yang juga mesra disapa Cik Man turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan berkaitan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Seksyen Seremban, dua kes di Mahkamah Seksyen Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.
sumber: mstar
Leave a Reply