Siapa sangka pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar pernah mendirikan rumah tangga, sebelum ini dan hal itu diakui sendiri oleh tuan badan selepas ramai yang tertanya-tanya mengenai statusnya.
Ustaz Wadi pernah berkahwin
Dapat dilihat dalam keratan klip di TikTok, Ustaz Wadi membuat penjelasan di podcast Apa Cerita? mengenai dirinya pernah berkahwin seusai pulang ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara bagi menuntut ilmu.
https://www.tiktok.com/@sueyusofpareeth777/video/7415881904886533383?_t=8psC7du1TDL&_r=1
Pendakwah itu turut memberitahu perkahwinan tersebut tidak memperoleh cahaya mata dan kanak-kanak yang sering mengikutinya keluar berdakwah adalah anak jiran.
Tolak lamaran wanita
Namun begitu, dia mendedahkan sebelum ini ada wanita yang melamarnya tetapi Ustaz Wadi menolak dengan baik kerana belum terbuka hati untuk berumah tangga semula.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, kebanyakkan netizen mendoakan agar pendakwah itu dipertemukan jodoh yang baik-baik dan berharap agar semua urusannya dipermudahkan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Tiktok
Leave a Reply