Seorang bekas jemaah GISB Holdings (GISBH) dikenali sebagai Lokman mendedahkan bahawa dia telah menerima ugutan selepas menyatakan hasrat mahu keluar daripada kumpulan itu.
Kata lelaki berusia 43 tahun itu, antara ugutan diterima adalah dakwaan bahawa Allah akan mengisytiharkan perang terhadap mereka yang ingin keluar dari jemaah dan hidup tidak akan selamat.
Salah seorang pemimpin GISBH juga didakwa berkata bahawa jemaah tersebut adalah satu-satunya yang memperjuangkan agama dari pelbagai aspek. Sekiranya keluar daripada jemaah itu bermaksud dia meninggalkan kebenaran ‘Allah dan Rasul’.
Bukan itu sahaja, pemimpin GISBH juga mendakwa bahawa jemaah mereka bersambung dengan ‘Imamul Ummah’ yang disebut dalam isyarat Nabi Muhammad SAW.
Saya dinasihatkan untuk mengingati sajak daripada ‘Abuya’ dan diberitahu bahawa Allah akan mengisytiharkan perang kepada saya jika keluar dari jemaah.
Bagi menguatkan lagi dakwaan jemaah ini berada di jalan yang benar, pemimpin itu turut menyatakan ‘Abuya’ sudah menjelajah ke serata dunia dan diakui alim ulama hanya jemaah ini satu-satunya di dunia membela Allah.
Kata Lokman, dia bagaimanapun cekalkan hati dan tetap dengan keputusannya untuk meninggalkan jemaah itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Bn
Leave a Reply