NAMPAKYA peminat masih meletakkan harapan tinggi agar pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin akan kembali bersama dan terus bahagia melayari alam perkahwinan.
Ini terbukti apabila ada peminat menghasilkan video khas ditujukan kepada pasangan ini yang dikatakan sedang berdepan masalah rumah tangga.
Malah, ada seorang peminat menggunakan akaun Me Amor berkongsi video membuat andaian Fazura tau Nur Fazura Sharifuddin, 41, masih menyayangi suaminya itu kerana aktres berkenaan tidak memadam foto dan video kenangan di media sosial.
“Fazura masih sayang Fattah. Kalau tak mesti dia dah padam semua tentang suami dia di Instagram dan TikTok kan? Isteri mana yang tak sayang suami.
Ramai peminat yang mengharapkan Fattah dan Fazura kembali bersatu.
“Harap hubungan mereka kembali jernih dan pulih seperti dulu. Saya sayangkan mereka berdua, tulisnya.
Perkongsian tersebut menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mendoakan agar pasangan pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu dipanjangkan jodoh.
“Dekat TikTok pun Fazura masih tak buang video yang ada Fattah. Harap kalau ada jodoh mereka dapat disatukan semula.
“Saya doakan mereka berdua masih bersama. Ya Allah satukanlah mereka.
“Semoga ada sinar untuk mereka, buang yang keruh ambil yang jernih. Janganlah berpisah,” tulis netizen.
Selain itu tinjauan Star juga mendapati Fazura dan Fattah masih lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing dan aktres filem Pisau Cukur ini juga dilihat tidak memadam kolum highlights yang dinamakan sebagai ‘Husbaby’.
Dalam kolum tersebut memaparkan foto dan video mereka berdua seiak tahun 2017.
Malah Fattah juga tidak memadam foto dan video mereka sekeluarga di Instagram milliknya.
Pada 13 September, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.
Bagaimanapun, Fattah memaklumkan dia terkejut apabila menerima berita isterinya itu memfailkan penceraian dan hanya mengetahui perkara tersebut menerusi media sosial.
Kata Fattah, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tada wanita lain yang menjadi keretakkan rumah tangga mereka.
Hubungan rumah tangga Fazura dan Fattah dilaporkan sedang bergolak.
Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan suami isteri ini dikatakan sedang bergolak namun Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik.
Malah Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, turut memberitahu dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.
Leave a Reply