“Saya Dah ‘Consult’ Wakil TikTok, Polis Dan Peguam Sebelum Buat Content” – Video ‘POV’ Suami Isteri Guna Anak Bawah Umur Dikecam, Wanita Beri Penjelasan

Seorang TikTokers dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan setelah vide0-videonya menggunakan anak sendiri sebagai ‘POV’ suami isteri menjadi kecaman netizen di media sosial.

Difahamkan, Dya yang menggunakan anak lelakinya yang masih bawah umur menjadi tumpuan gara-gara kes ‘abang bas’ sebelum ini.

@dyaromantikalife

SEMOGA TERJAWAB SEGALA PERSOALAN & KERAGUAN. Kepada semua rakyat Malaysia yang budiman & baik hati, terima kasih kerana prihatin. Terima kasih juga yang support kami dari dulu lagi. ❤️ Salam Sayang, #dyaromantikalife

♬ Dealova Piano – DNP

Saya ingin menjelaskan mengenai konten POV suami isteri yang saya lakukan dengan anak sendiri. Untuk pengetahuan, memang selama ini saya buat konten dengan anak dan tidak pernah timbul isu.

Tetapi selepas isu seorang pemandu bas, netizen tarik sekali kami dan menyalahkan apa yang saya buat sekarang.

Saya sendiri dan berurusan dengan wakil TikTok, pihak polis dan peguam yang mengatakan konten saya tidak ada masalah.

Ujarnya lagi, dia terkejut melihatkan kecaman yang diterimanya daripada netizen dan menegaskan bahawa konten tersebut hanyalah lakonan semata-mata.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Dya Romantika (@dyaromantikalife)

Bayangkan saya mencari rezeki yang halal, tiba-tiba perkara begini terjadi saya sangat terkejut. Dengan buli siber yang teruk menghentam.

Saya tak lihat di bahagian mana yang netizen rasa geli dan tak suka dengan konten kami. Konten itu hanya sekadar POV dan lakonan sahaja.

Dia juga memohon maaf jika segala kandungan media sosialnya mengundang rasa kurang senang buat sesetenah pihak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*