TINDAKAN pelakon Wanna Ali berkongsi foto bersama aktor Fattah Amin bagi mempromosikan drama lakonan mereka berjudul Lelaki Melayu Terakhir mengundang rasa kurang senang netizen.
Lebih-lebih lagi, Fattah kini sedang berdepan konflik rumah tangga apabila isterinya iaitu Fazura memfailkan cerai pada pagi Jumaat.
Kata netizen, Wanna dilihat seolah-olah sengaja mencari publisiti murahan dengan berkongsi hantaran tersebut pada waktu yang salah.
Wanna menerima kecaman netizen di media sosial.
“Publisiti murahan, waktu inilah kau (Wanna) nak kongsi. Nak tumpang glamor. Gila publisiti.
“(Wanna) macam tak ada common sense langsung… Sensitiflah sikit.
“Marketing padu, waktu inilah juga nak kongsi,” tulis netizen.
Untuk info, drama Lelaki Melayu Terakhir menampilkan gandingan Wanna dan Fattah yang kini sedang bersiaran di TV3.
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mempertahankan Wanna dan memberitahu aktres berkenaan hanya menjalankan tugas sebagai pelakon drama tersebut.
Malah, Wanna juga dilihat tidak membalas sebarang komen ditulis netizen.
“Jangan salahkan Wanna, dia tak terlibat urusan rumah tangga pelakon gandingan. Dia hanya kongsi tentang drama lakonan mereka, mungkin a kebetulan sahaja.
Tindakan Wanna memuat naik foto bersama Fattah mengundang pelbagai reaksi.
“Kenapa netizen salahkan Wanna, jangan campur adukkan urusan kerja dan peribadi,” komen netizen.
Pada pagi Jumaat, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, dikatakan hadir ke Mahkamah Syariah Petaling, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.
Bagaimanapun butiran terperinci mengenai hal tersebut tidak dinyatakan.
Sumber: Mstar
Leave a Reply