Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Buka Mulut – “Abang Sabri Tahu Apa Dia Lakukan..”

Pelakon Angeline Tan mendedahkan dia pernah dituduh bernikah secara tidak sah bersama suaminya, aktor Sabri Yunus.

Maklum Angeline, dia tidak melatah sebaliknya bersyukur kerana dikurniakan suami sebaik Sabri.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Angeline Tan (@angelinetanyy)

Apa yang boleh saya katakan adalah ketika itu saya rasa sangat tenang. Saya tidak ambil peduli langsung tentang perkara itu, walaupun kawan-kawan saya bertanya, ‘awak tak takut ke?

Saya hanya menjawab saya rasa beruntung sebab Abang Sabri adalah seorang yang sangat kuat dan dia tahu apa yang dia lakukan.

Kata aktres itu lagi, Sabri sentiasa meyakinkan dirinya mengenai perkahwinan yang dibina adalah sah di sisi undang-undang Islam.

Dialah yang buat saya yakin. Jadi, saya tidak pernah terfikir yang perkahwinan kami ini tidak sah sebab saya sudah jelaskan semuanya. Sebab itu kami tidak kisah dengan komen-komen negatif dari orang luar.

Sekadar info, Sabri Yunus telah mendirikan rumah tangga bersama Angeline Tan atau nama Islamnya, Ardini pada tanggal 14 Oktober 2023. Angeline dilaporkan memeluk Islam sejak 26 September 2023.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : bn

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*