PENYANYI Aweera mahu menuntut keadilan di atas kes pembunuhan bekas pelumba GP Malaysia iaitu Elly Idzlianizar Elias yang juga merupakan sepupunya pada malam Selasa.
Meskipun mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah itu, namun Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 33, berharap pelaku menerima hukuman setimpal.
“Pemergian arwah terlalu tragis tetapi segala proses pengebumian arwah Allah permudahkan.
Aweera mahu tuntut keadilan di atas pemergian sepupunya.
“Kami sekeluarga tetap reda dengan pemergian arwah tetapi moga ada keadilan ke atas kematiannya. Takbir, Allahuakbar!
Semoga si pelaku mendapat hukuman setimpal,” katanya.
Aweera berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Jumaat.
Dalam pada itu, Aweera memberitahu dia masih terkejut dan meluahkan rasa kesal dengan cara pemergian anggota keluarganya itu.
“Aku macam tak percaya tergamak mereka (suspek) buat macam itu (membunuh). Allahu, aku reda. Aku terkejut!”
“Tapi apa pun si pelaku itu nanti merangkaklah di padang masyar (tuntut keadilan), ujarnya.
Pada Khamis, Elly disahkan meninggal dunia akibat ditetak menggunakan sebilah pedang di hadapan simpang masuk sebuah taman di Jalan Datuk Ali, Kangar, Perlis sekitar pukul 11.30 malam Selasa.
Elly dilaporkan meninggal dunia akibat ditetak menggunakan sebilah pedang.
Mangsa yang mengalami pendarahan teruk dengan 12 kesan tetakan pada bahagian badan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah pada pukul 12 tengah malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, tiga individu ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan tersebut.
Suspek yang berusia 28 hingga 51 tahun itu ditahan di perlis pada Rabu dan polis turut merampas sebilah pedang samurai berukuran 112 sentimeter panjang.
sumber: mstar
Leave a Reply